Sunday


SEKOLAH


Kewujudan pengkelasan sekolah akan mendorong kepada perbezaan kualiti pendidikan. Hal ini kerana kualiti setiap sekolah adalah berbeza. Tamsilnya, institusi pendidikan atau sekolah yang disasarkan kepada golongan atasan seperti golongan elit mempunyai kualiti dan kemudahan yang jauh lebih baik, disokong oleh sumber yang banyak yang mampu mendorong kepada kecemerlangan akademik murid-murid. Sementara itu, institusi pendidikan khas untuk kelas menengah ke bawah seperti sekolah kluster biasanya kurang dari segi kemudahan dan tenaga pengajar.
Kendatipun, sekolah kluster turut menawarkan peluang yang sangat baik untuk pendidikan yang berkualiti tinggi dalam persekitaran pembelajaran yang terfokus. Pelajar di sini biasanya dapat menikmati fasiliti yang lengkap, guru-guru yang berkelayakan tinggi, dan program-program kokurikulum yang cemerlang sama seperti sekolah elit. Mereka juga mungkin mendapat akses kepada rangkaian alumni yang kuat dan peluang lanjutan pendidikan di institusi-institusi pendidikan terkemuka. Perkara ini membawa perbezaan yang agak ketara antara sekolah harian biasa. Walaupun dilengkapi dengan fasiliti asas seperti bilik darjah, perpustakaan, dan dewan makan. Namun, kemudahan ini adalah tidak sehebat dan semewah sekolah elit serta kluster yang memang menekankan keselesaan pelajar.
​
.png)
